Langkawi

Pulau Langkawi

Destinasi terkenal yang lain adalah Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh (The Seven Wells) dan Pantai Pasir Hitam. Lawatan bot disediakan ke Tasik Dayang Bunting (Lake of the Pregnant Maiden), Gua Cerita (Cave of Stories) dan Gua Langsir (Curtain Cave).


Untuk menghabiskan masa dengan alam semulajadi, anda boleh menjelajah merentasi hutan hujan dara yang meliputi hampir seluruh Langkawi, atau menaiki bot melalui kawasan paya bakau. Anda juga boleh pergi menyelam, atau bermain golf di beberapa resort 5 bintang. Langkawi juga mempunyai satu dunia bawah air, dengan terowong bawah tanah yang merentasi sebuah akuarium gergasi, yang menjadi bualan ramai.



Panduan Perjalanan

Feri
Feri-feri bergerak dari pelabuhan Kuala Kedah di tanah besar pada pukul 7 pagi hingga 6 petang. Perjalanan menaiki feri mengambil masa 1.5 jam. Terdapat juga perkhidmatan feri dari tanah besar ke pelabuhan Kuala Perlis dan pelabuhan Satun Thailand, kedua-duanya sejauh 45 minit daripada Langkawi.

Laluan Udara
Kedua-kedua Malaysia Airlines dan AirAsia membuat penerbangan harian ke Langkawi dari Kuala Lumpur yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Terdapat juga penerbangan terus dari Pulau Pinang dan Singapura.

No comments: